Agong perkenan pelantikan empat anggota EAIC

 Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan empat anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong juga memperkenan pelantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi EAIC dan Tan Sri Zainun Ali sebagai Timbalan Pengerusi EAIC.

Menurut kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan pelantikan Datuk John Louis O'hara dan Profesor Dr Nik Ahmad Nik Mahmood sebagai anggota EAIC.

Menurutnya, pelantikan empat anggota EAIC itu mengikut Subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

Katanya, pelantikan itu akan memperkukuhkan pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan penguatkuasaan yang berintegriti dan efektif dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan.

"Kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Pengerusi EAIC, Datuk A Aziz A Rahim, Datuk Sabariah Hassan, Profesor Madya Dr Abang Ekhsan Abang Othman, Lee Sow Siong, Leong May Chan serta James Deva Nayagam Gnanaratnam.

Artikel Berkaitan: