X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Suami Pavithra mengaku tidak bersalah

Sugu yang mengaku tidak bersalah diberi jaminan RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.
A
A

IPOH - Suami kepada YouTuber sensasi, S Pavithra dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan memiliki sabit di tempat awam Selasa lalu.

Bagaimanapun, M Sugu, 29, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sabit berukuran 26 inci bertulis ‘tiger’ di parkir Wad Paliatuf PCU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada jam 6 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami YouTuber sensasi ditahan cederakan isteri

YouTuber luka, lebam dipukul suami

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pavithra hadir ke mahkamah dan suaminya diwakili peguam, Mahinderjit Singah.
Pavithra hadir ke mahkamah dan suaminya diwakili peguam, Mahinderjit Singah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail menawarkan jaminan RM20,000 berikutan senjata berjadual itu ditemui di tempat awam dengan tujuan keganasan rumah tangga.

“Tertuduh merupakan seorang YouTuber dan menjadi ikon kepada suami di luar sana namun jika diletakkan amaun yang rendah akan menimbulkan salah faham kepada masyarakat terhadap keseriusan kes ini,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili Peguam Mahinderjit Singh memohon jaminan munasabah diberikan dengan meletakkan syarat tambahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis setiap bulan selain menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, Pavithra hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding berkenaan namun wanita itu dilihat tergesa-gesa meninggalkan kawasan mahkamah bersama beberapa ahli keluarga lain.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!