Ronald jumpa Pengerusi PPN, AJP Nafas bincang hala tuju

Ronald (tengah) bersama Pengerusi PPN dan AJP Nafas yang menghadiri perjumpaan semalam.
Ronald (tengah) bersama Pengerusi PPN dan AJP Nafas yang menghadiri perjumpaan semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee buat julung kali mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Ibu Pejabat Nafas, Kota Damansara di sini semalam.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam satu kenyataan memaklumkan, perjumpaan bersama 14 Pengerusi PPN dan 11 AJP Nafas itu diadakan bagi membincangkan mengenai hala tuju dan perancangan Pertubuhan Peladang dan Nafas untuk ke hadapan.

Hadir sama, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Dr Anis Mahmud yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI.

"Pertemuan dua hala antara Menteri MAFI bersama pemimpin PPN ini antara lain untuk dijadikan platform kementerian menjelaskan dasar kerajaan sekali gus memberi ruang kepada pemimpin Peladang menyuarakan pendapat dan idea-idea yang baharu bagi memperkukuhkan institusi peladang," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: