Lelaki berkeliaran ingkar perintah kuarantin dikompaun

Pemeriksaan ke atas gelang tangan (wristband) yang dipakai menunjukkan tarikh kuarantin bermula pada 18 Julai sehingga 1 Ogos depan.
Pemeriksaan ke atas gelang tangan (wristband) yang dipakai menunjukkan tarikh kuarantin bermula pada 18 Julai sehingga 1 Ogos depan.
A
A
A
MANJUNG - Seorang lelaki memakai gelang pengesanan kuarantin koronavirus (Covid-19) dikenakan kompaun RM1,000 selepas dikesan berkeliaran di sekitar kedai makan di Kampung Jering, Ayer Tawar, semalam.

Lelaki berusia 51 tahun itu sepatutnya menjalani perintah kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 18 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pemeriksaan ke atas gelang tangan (wristband) yang dipakai menunjukkan tarikh kuarantin bermula pada 18 Julai sehingga 1 Ogos depan.

"Lelaki itu dilihat berkeliaran di kedai makan di sekitar kawasan kampung terbabit. Siasatan mengesahkan lelaki itu masih dalam tempoh kuarantin dan telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 10 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.

"Polis tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan secara tegas terhadap jika ada individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah," katanya.

Artikel Berkaitan: