Enam nelayan ditahan APMM

Bot kelas A turut dirampas untuk siasatan lanjut.
Bot kelas A turut dirampas untuk siasatan lanjut.
A
A
A

GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan enam nelayan termasuk empat warga Myanmar dalam sebuah bot nelayan tempatan Kelas A kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua mereka yang berusia di antara 19 hingga 37 tahun ditahan pada kedudukan 0.5 batu nautika dari Barat Laut, Pulau Tikus, jam 3 petang semalam dalam Op Pertiwi/Op Benteng Laut di sekitar perairan Pulau Pinang.

Pengarahnya, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, anggotanya turut merampas dua pukat hanyut, tiga tong ikan, satu motor penarik pukat dan peralatan untuk untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah," katanya ketika dihubungi tadi.

Empat daripada enam nelayan ditahan oleh APMM Pulau Pinang petang semalam.
Empat daripada enam nelayan ditahan oleh APMM Pulau Pinang petang semalam.

Artikel Berkaitan: