ATM rampas lembu seludup

Cubaan tiga lelaki untuk seludup 15 ekor lembu dari Thailand masuk ke negara ini menerusi sungai Golok berjaya dipatahkan ATM.
Cubaan tiga lelaki untuk seludup 15 ekor lembu dari Thailand masuk ke negara ini menerusi sungai Golok berjaya dipatahkan ATM.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Cubaan tiga lelaki menyeludup 15 ekor lembu dari Thailand melalui sungai Golok gagal selepas Pasukan Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Rabu lalu.

Anggota tentera turut menahan seorang lelaki dalam serbuan Ops Benteng di Kampung Rahmat, Tanjung Baru di sini pada jam 6.40 petang itu.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hasan berkata, penyeludupan itu mungkin faktor permintaan tinggi terhadap lembu sempena sambutan Aidiladha minggu depan.

"Kita turut merampas dua buah motosikal dari jenis Honda. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM78,500," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Lembu yang dirampas diserahkan kepada Maqis.
Lembu yang dirampas diserahkan kepada Maqis.

Menurutnya, ketika rondaan sedang dijalankan anggota terdengar bunyi percikan

air dari arah sungai Golok dan mendapati tiga lelaki sedang mengheret lembu dari arah sungai Golok menuju ke kawasan Malaysia.

"Pasukan telah melaksanakan serbuan terhadap kumpulan lelaki tersebut dan berjaya menahan

Artikel Berkaitan:

seorang lelaki manakala dua lagi melarikan diri," katanya.

Zamsari berkata, lelaki yang ditahan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Lalang Pepuyu untuk tindakan lanjut.

"Haiwan dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan," katanya.