X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa maut, anak cedera

Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gerik.
A
A

GERIK - Seorang pemandu lori maut manakala anak perempuannya berusia 13 tahun cedera dalam nahas membabitkan dua lori di Kilometer 3, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, Saidon Abdullah, 46, beralamat dari Kuala Ketil, Kedah maut di tempat kejadian selepas lori tanpa muatan dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan ikan.

Anaknya yang duduk di bahagian penumpang cedera di kedua-dua mata dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.

Muatan ikan bertaburan atas jalan dalam nahas membabitkadua lori termasuk sebuah lori muatan ikan berhampiran R&R Perah Gerik, malam tadi. c
Muatan ikan bertaburan atas jalan dalam nahas membabitkadua lori termasuk sebuah lori muatan ikan berhampiran R&R Perah Gerik, malam tadi. c

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, nahas itu turut menyebabkan pemandu lori muatan ikan maut akibat kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, mangsa dikenali Muhammad Khairul Izam Mohd Gebing, 27, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindannya berusia 21 tahun cedera ringan di jari dan dahi.

"Siasatan awal mendapati, lori dipandu Saidon dalam perjalanan dari arah Jeli menghala Gerik telah hilang kawalan ketika melalui satu selekoh.

"Keadaan itu menyebabkan kenderaan berat itu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu Muhammad Khairul.

"Akibat daripada kemalangan ini, kedua-dua pemandu lori disahkan meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, mangsa maut dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat, pagi ini.

Katanya, polis kini sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!