Adakah Hong Kong akan menjadi Singapura?

Singapura dikatakan mendapat keuntungan apabila syarikat-syarikat korporat bertindak memindahkan operasi dari Hong Kong ke pulau tersebut. - Foto AFP
Singapura dikatakan mendapat keuntungan apabila syarikat-syarikat korporat bertindak memindahkan operasi dari Hong Kong ke pulau tersebut. - Foto AFP
A
A
A

DEMOKRASI yang terhad tetapi memiliki nilai-nilai hidup yang tinggi dan stabil berjaya membentuk satu keseimbangan yang menyebabkan kebanyakan warga Singapura berasa selesa tinggal di pulau tersebut.

Kini sebahagian pihak mencadangkan supaya Hong Kong yang menjadi pusat kewangan Asia mencontohi model negara berkenaan ketika China mengetatkan kawalan ke atas pulau tersebut.

Dua pusat perdagangan itu sebelum ini kerap menjadi perbandingan tetapi beberapa protes yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan isu model itu menjadi semakin kuat.

Ini adalah kerana Hong Kong kini berhadapan dengan suatu era baharu apabila kebebasan awam terbatas susulan pelaksanaan undang-undang keselamatan kebangsaan yang baru.

Selepas berbulan-bulan protes pro-demokrasi ganas berlaku, undang-undang tersebut sepatutnya telah membawa kestabilan sekali gus mengekalkan keyakinan ahli-ahli perniagaan di pusat perdagangan itu.

Gambar fail menunjukkan penunjuk perasaan berhimpun bagi membantah undang-undang keselamatan baharu di Hong Kong. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan penunjuk perasaan berhimpun bagi membantah undang-undang keselamatan baharu di Hong Kong. - Foto AFP

Seorang peguam Hong Kong, Antony Dapiran berkata, tindakan China memperkenalkan undang-undang itu telah menjejaskan autonomi yang diperlukan bagi mengekalkan keyakinan pelabur di pulau berkenaan.

"Singapura adalah berbeza bukan kerana ia tidak menjadi subjek kepada campur tangan CCP (Parti Komunis China)," katanya yang pernah menulis buku tentang protes yang berlaku di Hong Kong baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

"Singapura ialah sebuah negara yang berdaulat. Justeru, ia bergerak konsisten dengan kepentingan pemerintahannya," ujarnya kepada AFP.

Undang-undang keselamatan baru itu dilaksanakan ketika protes anti-China sehingga menggegarkan Hong Kong selama beberapa bulan pada tahun lalu.