Dua kilang ais diarah tutup

Pegawai JKNP menampal notis arahan penutupan premis terhadap salah sebuah kilang ais yang didapati kotor dan tidak memiliki lesen KKM.
Pegawai JKNP menampal notis arahan penutupan premis terhadap salah sebuah kilang ais yang didapati kotor dan tidak memiliki lesen KKM.
A
A
A

KUANTAN - Dua kilang ais di daerah ini diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) kerana beroperasi dalam keadaan tahap kebersihan yang kurang memuaskan.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, arahan penutupan itu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berdasarkan pemeriksaan sepanjang Operasi Penguatkuasaan Perlesenan JKNP di seluruh negeri bermula 21 Julai lalu.

Beliau berkata, dua premis berkenaan turut dikompaun di bawah Peraturan 394A(4) kerana tidak memiliki lesen penyediaan ais bagi tujuan perdagangan atau perniagaan.

"Dalam operasi itu, kita melakukan pemeriksaan ke atas 81 mesin jual air dan 60 daripadanya telah disita di bawah Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983 kerana beroperasi tanpa lesen serta melanggar Peraturan 360C(4) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Pegawai JKNP menyita mesin jual air yang beroperasi tanpa lesen.
Pegawai JKNP menyita mesin jual air yang beroperasi tanpa lesen.

"Pemilik kilang ais dan mesin jual air yang didapati melanggar peraturan itu berdepan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun," katanya di sini hari ini.

Dr Bahari berkata, operasi penguatkuasaan perlesenan itu diadakan bagi mengesan pemilik kilang ais dan mesin jual air yang beroperasi tanpa lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983.

"Semua pihak yang menjalankan perniagaan air dan ais perlu mainkan peranan masing-masing bagi memastikan produk dijual itu bersih dan selamat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, operasi seumpama itu akan diteruskan demi kepentingan pengguna.