Telur cacing 'bersarang' dalam hati akibat makan ikan mentah

Gambar X-ray menunjukkan sejumah telur cacing berada dalam hati seorang lelaki China. - Foto Hospital Hangzhou
Gambar X-ray menunjukkan sejumah telur cacing berada dalam hati seorang lelaki China. - Foto Hospital Hangzhou
A
A
A

NEW YORK - Rasa sakit perut, letih dan hilang selera makan yang dialami oleh seorang penduduk Hangzhou di China rupa-rupanya disebabkan telur cacing yang 'bersarang' di dalam hatinya.

Menurut portal berita New York Post pada 22 Julai lalu, lelaki tersebut yang hanya dikenali dengan nama keluarga Xie berasa sakit setelah melawat keluarganya di Sichuan pada Februari lalu.

Bagaimanapun, lelaki berusia 55 tahun itu tidak mendapatkan rawatan perubatan walaupun kerana menganggap dia mungkin mengalami kemurungan.

Hanya empat bulan kemudian, dia membuat keputusan berjumpa doktor selepas mengalami demam panas selama tiga hari.

Doktor yang membuat pemeriksaan X-ray itu turut terkejut apabila mendapati hati pesakitnya itu dipenuhi dengan nanah sepanjang 19 sentimeter.

Pemeriksaan perubatan seterusnya menemui telur berbentuk bulat dan berkulit lembut dalam hati lelaki Cina itu di Hospital Pertama Penduduk Hangzhou, timur China.

Doktor-doktor kemudian menyatakan telur itu berada di dalam hatinya kerana dia memakan ikan mentah di Sichuan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan berasa sihat selepas pakar-pakar perubatan berjaya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan telur tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: