Sekolah nafi pelajar positif Covid-19

Kenyataan penafian yang dikongsi di Facebook SMK Abdul Rahman Talib hari ini.
Kenyataan penafian yang dikongsi di Facebook SMK Abdul Rahman Talib hari ini.
A
A
A

IPOH - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di Teluk Intan menafikan satu kenyataan tular melalui Facebook hari ini kononnya terdapat seorang pelajar di sekolah itu disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Pengetua sekolah, Zulkarnain Abd Kamal berkata, tiada kes positif Covid-19 dikesan di sekolah itu sebagaimana ditularkan.

"Untuk makluman, pelajar yang bergejala belum disahkan positif dan masih lagi dalam peringkat saringan.

"Pihak sekolah memohon semua pihak untuk tidak menyebarkan berita palsu tersebut bagi mengelak keadaan menjadi panik," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook SMK Abdul Rahman Talib hari ini.

Kenyataan tular itu mendedahkan bahawa terdapat kes Covid-19 baru berlaku di Perak apabila seorang daripada pelajar sekolah itu dijangkiti wabak berkenaan.

Artikel Berkaitan: