X

Kindly register in order to view this article
!

Israel bebaskan dua tokoh budaya Palestin

Seorang wanita berjalan di Pusat Kebudayaan Yabous di timur Baitulmuqaddis. - Foto AFP
A
A

BAITULMUQADDIS - Polis Israel membebaskan dua tokoh kebudayaan Palestin pada Rabu lalu selepas ditahan di timur Baitulmuqaddis kerana disyaki membiayai keganasan, kata seorang peguam mereka.

Rania Elias yang mengetuai Pusat Kebudayaan Yabous dan suaminya, Suhail Khoury iaitu Ketua Pengarah Pusat Pemuliharaan Muzik Kebangsaan Edward Said ditahan di rumah mereka di Beit Hanina, Baitulmuqaddis.

Mereka kemudian dibebaskan dengan beberapa syarat, kata seorang peguam Rania, Nasir Odeh kepada AFP.

Pusat Yabous dan Pusat Pemuliharaan Muzik Kebangsaan Edward Said diserbu polis dan para penyiasat cukai Israel manakala sejumlah dokumen turut dirampas.

Menurut Nasir, pasangan itu ditahan atas dakwaan membiayai kumpulan pengganas.

Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa undang-undang antikeganasan Israel melibatkan banyak dakwaan seperti pengubahan wang haram daripada pertubuhan yang dianggap oleh negara berkenaan sebagai pengganas.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, tiga orang ditahan dalam serbuan itu.

Seorang pegawai di pusat Yabous berkata, orang ketiga yang ditahan itu ialah Daoud al-Ghoul iaitu Pengarah Rangkaian Seni Baitulmuqaddis. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!