Polis serbu gerai burger jual rokok seludup

Gerai burger di Jalan Cungah, Klang yang diserbu polis semalam.
Gerai burger di Jalan Cungah, Klang yang diserbu polis semalam.
A
A
A

KLANG - Sebuah gerai burger di Jalan Cungah di sini diserbu anggota penguat kuasa dalam Ops Benteng Covid-19 semalam kerana disyaki menjalankan kegiatan pengedaran rokok seludup.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Zulafendy Hassan berkata, kegiatan itu dikesan selepas sepasukan polis dari Batalion 4 PGA Semenyih menahan tiga lelaki kira-kira jam 4.30 petang.

"Suspek merupakan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 57 hingga 67 tahun. Soal siasat kemudian membawa serbuan di sebuah gerai burger dan menemui sebanyak 197 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM37,999.24," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Antara rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah gerai burger di Jalan Cungah, Klang, semalam.
Antara rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah gerai burger di Jalan Cungah, Klang, semalam.

Beliau berkata, turut dirampas adalah sebuah kereta Proton Wira, tiga telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM2,770.

Menurutnya, pihaknya percaya dengan tertangkapnya suspek berkenaan, polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran rokok di Pelabuhan Klang.

"Kita meminta masyarakat untuk memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat terhadap sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan: