X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa sebak, rupanya kebumi anak kandung yang hilang

Nanang menziarah kubur anak lelakinya yang terkorban dalam kes jenayah. - Foto: Kompas
A
A

JAWA - Seorang lelaki tidak menyangka jenazah pemuda yang dikebumikan pada April lalu adalah anaknya yang hilang sejak 18 April lalu.

Pekerja Kebajikan Masyarakat Daerah di Perkhidmatan Sosial, Nanang atau lebih dikenali Antariska, 48, mengebumikan jenazah tanpa nama itu di Tanah Perkuburan Umum Sapuro, Pekalongan, Jawa Tengah lapor Kompas.

Katanya, selepas seminggu kehilangan anak lelakinya, 15, dia menerima maklumat penemuan satu mayat di Jalan Dr Sutomo di Pekalongan.

Ketika ditemui, mayat itu tidak mempunyai identiti bahkan tidak dapat dikenali kerana mayat itu sudah berulat.

"Tugas saya menyempurnakan jenazah yang tidak dituntut. Saya tidak kenali mayat itu kerana keadaan anggota badan sudah berulat dan sukar dikenal pasti.

"Tetapi memang ada perasaan istimewa semasa memandikan jenazah dan menguruskan pengebumian itu," katanya.

Jelasnya, dia menyedari jenazah itu milik anaknya selepas berita memaklumkan pemuda itu terkorban dalam insiden jenayah ngeri semalam.

"Saya hubungi balai polis bagi mengesahkan kejadian dan menemui rakan arwah. Dia mengakui terlibat dalam insiden jenayah itu namun polis masih melakukan siasatan.

"Sebelum ini saya sering mencari arwah di seluruh bandar dan tidak sangka perkara buruk menimpa dirinya. Walau terkejut namun kami reda atas apa yang berlaku," katanya.

Dia juga memberitahu sering pergi menziarah kubur tersebut setiap kali mengingati anak lelakinya.

"Namun tidak sangka, kubur yang selama ini saya ziarah adalah kubur anak kandung saya," katanya sebak.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!