X

Kindly register in order to view this article
!

22 individu dikompaun langgar PKPP

Pengunjung dikompaun kerana melanggar PKPP dalam serbuan di tiga buah pusat hiburan di sekitar Sungai Petani awal pagi tadi. - Foto PDRM
A
A

SUNGAI PETANI - Seramai 22 individu dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam serbuan Ops Covid-19 di tiga buah pusat hiburan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua mereka terdiri daripada pengusaha, pekerja dan pelanggan pusat hiburan antaranya di Taman Kampian, Taman Pekan Baru dan Aman Square di sini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 3 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 2020 dan kesemua mereka dikenakan kompaun.

"Dalam serbuan sama, kita telah menahan seorang pengusaha, dua pelayan dan dua penjaga kaunter kerana menjalankan operasi pusat hiburan tanpa kebenaran," katanya menerusi satu kenyataan.

Penjaga kaunter ditahan dalam serbuan di tiga buah pusat hiburan di sekitar Sungai Petani awal pagi tadi. - Foto PDRM
Penjaga kaunter ditahan dalam serbuan di tiga buah pusat hiburan di sekitar Sungai Petani awal pagi tadi. - Foto PDRM

Menurutnya, penahanan turut melibatkan dua pekerja wanita warganegara Laos yang dijadikan pelayan pusat hiburan berusia 28 dan 33 tahun.

Polis turut merampas peralatan sistem audio, komputer riba, televisyen dan sejumlah wang tunai.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 3 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan 2020, Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Kedah 1997 dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1963.

Menurut Adzli, polis akan mempergiatkan usaha penguatkuasaan bermula hari ini berikutan trend penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin membimbangkan.

"Kita semakin alpa atau lupa bahawa PKPP ini masih berjalan dan prosedur operasi standard (SOP) mesti dipatuhi," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!