MoA tidak kompromi pegawai salah guna kuasa

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub (dua, kanan) menyaksikan Pengerusi Fama Ishak Ismail (dua, kiri) menyampaikan anugerah KPI Terbaik kepada Pengarah Fama Kelantan Ariffin Awang (kanan) pada Persidangan Sasaran Kerja Tahunan dan KPI Fama di Institut Latihan Fama Port Dickson, malam ini. - Foto Bernama

A
A
A

PORT DICKSON - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang terbabit melakukan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam kementerian berkenaan.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub menegaskan mereka yang terbabit tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang dan mereka yang menunjukkan prestasi kerja yang baik, amanah dan bertanggungjawab akan diberi peluang untuk dinaikkan pangkat.

“Apabila tiada penyelewengan dan salah guna kuasa, peruntukan digunakan dengan cermat dan telus barulah kita akan mencapai urus tadbir yang baik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 2019 di sini, malam ini.

Terdahulu, Salahuddin berkata persidangan tiga hari yang dihadiri 350 warga FAMA itu merupakan platform terbaik untuk merangka sasaran, melaksanakan pendekatan baharu serta merangka perancangan strategik untuk meningkatkan pendapatan warga tani.

Hadir sama Pengerusi FAMA, Ishak Ismail dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak. - Bernama

Artikel Berkaitan: