Arwah seorang ceria, peramah

Ahmad Zulhilmi maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Bukit Saga awal pagi tadi. - Foto ihsan ahli keluarga
Ahmad Zulhilmi maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Bukit Saga awal pagi tadi. - Foto ihsan ahli keluarga
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu saudara kepada seorang mangsa kebakaran rumah di Jalan Asahan 3, Seksyen 26/27C, Taman Bukit Saga yang rentung awal pagi tadi menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang peramah dan ceria.

Menurut Rozi Yahya, 50-an, dia sememangnya selalu bergurau dengan anak saudaranya, Ahmad Zulhilmi Zakaria, 27, malah hubungan mereka berdua juga agak rapat.

"Kalau kami jumpa memang suka gurau, malah dia juga seorang peramah dan ceria," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Rozi berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak saudaranya itu tiga hari lepas memandangkan Allahyarham ada membuat pesanan makanan daripadanya.

"Saya mengambil tempahan membuat kek dan kebetulan tiga hari lepas arwah ada datang untuk ambil baked potato yang ditempahnya.

"Waktu itu saya ada bertanya, tempahan sekotak ini untuk siapa dan dia jawab untuk jamu adik-adiknya.

Keadaan rumah di Jalan Asahan 3, Seksyen 26/27C, Taman Bukit Saga yang terbakar awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba Selangor
Keadaan rumah di Jalan Asahan 3, Seksyen 26/27C, Taman Bukit Saga yang terbakar awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba Selangor

"Dia pun ada cakap mama nak balik raya haji ini, jadi nanti dapat lah jumpa sekali kat kampung makan-makan bersama, " katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Rozi, dia tidak menyangka itu merupakan pertemuan terakhir dengan anak buahnya.

Kebakaran sekitar jam 4.30 pagi itu memusnahkan 80 peratus struktur rumah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) turut menemui mayat seorang lelaki yang rentung di hadapan pintu bilik air di tingkat atas rumah terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat