Tiga anggota polis antara ditahan terlibat kes samun

Polis menahan 10 lelaki selepas dipercayai terlibat dengan kes samun sebuah kedai pengurup wang di Lebuh Chulia di sini, 14 Julai lalu.
Polis menahan 10 lelaki selepas dipercayai terlibat dengan kes samun sebuah kedai pengurup wang di Lebuh Chulia di sini, 14 Julai lalu.
A
A
A

GEORGETOWN -Tiga anggota polis antara 10 lelaki yang ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kes samun sebuah kedai pengurup wang di Lebuh Chulia di sini, 14 Julai lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata, dalam kejadian jam 9.45 malam itu juruwang kedai berkenaan ditahan oleh empat lelaki yang datang menaiki kenderaan berlambang polis sebelum salah seorang daripada suspek mengacukan pistol ke arahnya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke dalam premis sebelum kumpulan berkenaan melarikan sejumlah wang tunai termasuk pelbagai mata wang asing bernilai RM100,000.

"Hasil risikan, polis berjaya melakukan beberapa siri tangkapan melibatkan lapan lelaki warga tempatan dan dua warga asing yang dipercayai terlibat dengan kes berkenaan.

"Kesemua suspek yang ditahan berusia di antara 24 hingga 44 tahun dan seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau selain kita mengenalpasti tiga anggota polis dari Kontinjen Perak terlibat dengan kes ini," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Sahabudin berkata, susulan daripada tangkapan itu pihaknya berjaya menemui semula wang tunai berjumlah RM20,000 dalam pelbagai mata wang di Kampung Perlis, Balik Pulau semalam.

Katanya, turut dirampas ialah tiga buah kenderaan termasuk sebuah Proton Preve berlambang polis dan dua pucuk pistol.

"Kesemua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan bersenjatapi.

Artikel Berkaitan:

"Mereka boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan," katanya.