Reaksi Najib dalam isu cukai LHDN

Najib Razak
Najib Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membawa kes tuntutan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bernilai RM1.69 bilion kepada satu sidang khas Pesuruhjaya Cukai bagi membolehkan kes itu dibincangkan dengan lebih terperinci dan ia dijangka berlangsung pada November ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau sewaktu menjawab pertanyaan mengenai keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi ketika ditemu bual pada program Sinar Live di sini semalam:

“Sebenarnya itu merupakan summary judgement (penghakiman terus) di mana hakim memutuskan berdasarkan kepada undang-undang sahaja. Jadi undang-undang kata... undang-undang yang ada sekarang ini agak berat sikit. Maknanya kalau kita ada pertikaian dengan LHDN, kita kena bayar dulu lepas itu bincang kemudian.

“Jadi merit kes saya itu tidak dibincangkan... tak ditentukan oleh hakim. Jadi sekarang ini apa yang berlaku kita akan bawa kepada Special Commisssioner (Pesuruhjaya Khas) pada satu tarikh, barang kali (didengar) pada bulan November.

“Jadi di situ akan dibincangkan merit kes saya ini. Sebab itu kita tidak boleh anggap tidak akan lakukan apa-apa tindakan. Ia (mahkamah) tidak akan melaksanakan keputusan summary judgement ini.”

Artikel Berkaitan: