Kucing peliharaan hilang 13 tahun ditemui semula

Seorang wanita gembira menemui semula kucingnya yang hilang 13 tahun lalu di Tooele baru-baru ini. - Foto Pusat Perlindungan Haiwan Tooele
Seorang wanita gembira menemui semula kucingnya yang hilang 13 tahun lalu di Tooele baru-baru ini. - Foto Pusat Perlindungan Haiwan Tooele
A
A
A

UTAH - Seorang wanita menangis kegembiraan apabila dia berjaya bertemu semula dengan kucingnya yang hilang sejak 13 tahun lalu.

Dia seolah-olah tidak percaya ketika menerima panggilan telefon daripada bapanya bahawa kucing yang bernama Mocha ditemui dalam keadaan selamat oleh sebuah pusat perlindungan haiwan pada Jumaat lalu.

Kisah itu ceritakan oleh pihak Pusat Perlindungan Haiwan Tooele sebagai peringatan kepada pemilik kucing supaya membuat laporan jika mendapati binatang peliharaan mereka hilang.

Menurut laporan berita KUTV pada 20 Julai lalu, pemilik haiwan itu menganggap Mocha mungkin telah dilanggar dengan sebuah kereta selepas gagal untuk menjumpainya.

Malah wanita itu kini sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.

Namun, baru-baru ini, seorang individu yang kerap memberikan makanan kepada kucing jalanan menyerahkan haiwan tersebut kepada pusat perlindungan kerana dia akan berpindah.

Seorang pengurus pusat perlindungan itu kemudian membuat imbasan dan menemui sebuah alat pendaftaran pada kucing tersebut.

Kakitangan pusat itu pula bertindak menghubungi syarikat alat pendaftaran tersebut bagi mengesan pemilik haiwan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Pemilik kucing itu yang dihubungi bapanya tentang penemuan haiwan peliharaannya itu kemudian pergi ke pusat perlindungan berkenaan dan menangis apabila melihat semula Mocha.

Dia mengetahui haiwan itu ialah kucingnya yang hilang ketika dia masih kecil dan gementar bertemu semula dengan Mocha. - Agensi