Lelaki bunuh keluarga kerana mahu kahwin lain

Seorang lelaki Mesir sanggup bertindak kejam dengan membunuh anggota keluarganya kerana ingin berkahwin dengan wanita lain. - Foto AFP
Seorang lelaki Mesir sanggup bertindak kejam dengan membunuh anggota keluarganya kerana ingin berkahwin dengan wanita lain. - Foto AFP
A
A
A

KAHERAH - Disebabkan cinta yang mendalam, seorang suspek lelaki Mesir sanggup bertindak kejam dengan membunuh ibu, isteri dan tiga anaknya, kata pihak pendakwa raya.

Suspek itu juga melakukan perbuatan tersebut kerana mahu mendirikan rumah tangga dengan seorang lagi wanita yang sudah berkahwin.

Menurut portal berita Gulf News pada 21 Julai lalu, siasatan kemudian mendapati pekerja ladang itu mengaku membunuh keluarganya setelah dia menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berkenaan.

Dalam siasatan itu, wanita itu didapati sanggup bercerai dengan suaminya dan berkahwin dengan suspek.

Pekerja ladang tersebut memberitahu penyiasat bahawa dia telah membuat keputusan untuk membunuh keluarganya.

Kejadian yang menyayat hati itu berlaku di wilayah Assiut, wilayah selatan Mesir mendapat perhatian polis selepas anak perempuan keempatnya terselamat daripada percubaan membunuh itu.

Anak perempuan itu yang berusia 13 tahun itu memberitahu polis bahawa suspek menyerangnya dengan sebilah pisau di bahagian dapur rumah.

Bapanya berniat untuk melakukan pembunuhan apabila dia meletakkan seutas tali di lehernya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, anak perempuan itu pengsan dan bapanya menyangka dia sudah meninggal dunia.

Selepas menjerut kelima-lima anggota keluarganya, suspek bertindak membakar rumah dengan menggunakan gas silinder dan kesemua mayat ditemui dalam keadaan rentung.

Suspek kemudian ditangkap dan direman selama empat hari berhubung kes tersebut. - Agensi