Kerajaan Terengganu cari penyelesaian isu 'banana boat'

Penggunaan 'banana boat' dipercayai boleh merosakkan ekosistem laut terutama batu karang.
Penggunaan 'banana boat' dipercayai boleh merosakkan ekosistem laut terutama batu karang.
A
A
A

MARANG - Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Laut dan Taman Laut berhubung aduan Penggunaan 'banana boat' oleh pengusaha di sebuah pulau peranginan di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang perkara itu dan perkara itu amat dikesali kerana umum mengetahui bahawa penggunaan 'banana boat' boleh merosakkan ekosistem laut terutama batu karang.

“Memang dalam makluman kita dan ia diakui sedikit sebanyak mengganggu ekosistem batu karang dan hidupan laut.

“Tetapi oleh kerana perkara ini di bawah bidang kuasa Jabatan Laut dan Taman Laut, kita akan bincang termasuk dengan Kementerian Sumber Asli isu ini, supaya ia tak jadi masalah atau isu kepada tempat itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat hak milik tanah dan borang 5A rancangan tanah berkelompok terkilan Gong Cempedak di sini hari ini.

Tambah Ahmad Samsuri, dalam perbincangan itu nanti beliau akan mendapatkan nasihat daripada pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian terbaik selain mengenakan hukuman sebagai jalan terakhir.

Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) Marang juga telah dimaklumkan berkenaan perkara tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: