Orang awam boleh akses maklumat isytihar harta anggota kerajaan

SPRM
SPRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang awam kini boleh mengakses maklumat isytihar harta anggota pentadbiran kerajaan melalui portal mydeclaration.sprm.gov.my bermula semalam.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sehingga kini agensi itu telah menerima maklumat melibatkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan terkini.

Kenyataan itu berkata, maklumat tersebut yang terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri telah dipaparkan di portal terbabit.

“SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat perisytiharan harta yang diperoleh atau diambil dari mana-mana sumber selain portal berkenaan,” katanya.

Dalam portal itu, paparan menunjukkan pendapatan bulanan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan yang tertinggi iaitu sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta.

Ini diikuti Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dengan pendapatan bulanan sebanyak RM87,877.20 bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan iaitu sebanyak RM85,450 yang masing-masing asetnya berjumlah melebihi RM10 juta. - Bernama

Artikel Berkaitan: