Kerajaan disaran beri suntikan RM90 juta kepada Amanah Ikhtiar

Amiruddin Hamzah
Amiruddin Hamzah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang supaya memberi suntikan sebanyak RM90 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) supaya agensi itu dapat melanjutkan tempoh moratorium pembiayaan mikro selama enam bulan lagi bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana mikro pasca-koronavirus (Covid-19).

Datuk Amiruddin Hamzah (Bebas-Kubang Pasu) yang mencadangkan perkara itu berkata AIM perlu memberi tempoh kutipan bayaran balik mingguan pembiayaan yang lebih panjang, seperti moratorium bank, memandangkan ramai usahawan mikro terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Berdasarkan perbelanjaan bulanan dan kos pengurusan AIM sebanyak RM15 juta sebulan, maka untuk merealisasikan pemberian moratorium ini saya ingin cadangkan pihak kerajaan menyuntik RM90 juta kepada mereka (AIM) dan ini akan mendorong AIM memberi tambahan tempoh moratorium selama enam bulan lagi kepada 379,000 sahabat AIM," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, pembayaran semula pembiayaan yang dikeluarkan oleh AIM telah diberikan moratorium sehingga 7 Jun tanpa dikenakan sebarang caj.

“Belum tentu kesemua mereka masih mampu untuk menjalankan perniagaan seperti biasa kerana kekangan-kekangan lain,” katanya.

Amiruddin berkata, langkah tersebut dapat membantu usahawan mikro mempunyai lebihan pendapatan untuk dibelanjakan.

Beliau juga mencadangkan agar agensi pembiayaan mikro lain turut diberi suntikan supaya tempoh moratorium kepada perusahaan kecil dan sederhana mikro dapat dilanjutkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: