Sesak gara-gara banjir kilat

Kesesakan dipercayai berpunca akibat banjir kilat tadi.
Kesesakan dipercayai berpunca akibat banjir kilat tadi.
A
A
A

SUBANG JAYA - Hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi mengakibatkan banjir kilat di Kilometer 23.2 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Puchong Jaya menghala ke arah Bandar Puteri.

Beberapa foto yang dikongsi netizen di media sosial memaparkan keadaan lokasi yang dinaiki air kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Kejadian itu mengakibatkan kesesakan jalan raya dan dikhuatiri akan mengakibatkan kenderaan terkandas ekoran bahagian kiri jalan raya telah ditenggelami air.

Kesesakan dipercayai berpunca akibat banjir kilat tadi.
Kesesakan dipercayai berpunca akibat banjir kilat tadi.

Foto yang dikongsi oleh Haffiz Ibrahim memaparkan mengenai di lokasi tersebut telah mengalami kesesakan lalu lintas ekoran banjir kilat.

"Puchong, depan IOI Mall, hati-hati sesapa yg on the way kesini...hujan lebat," tulisnya pada kiriman yang dimuat naik di media sosial hari ini.

Bagaimanapun keadaan difahamkan kembali pulih seperti biasa tidak lama selepas banjir kilat tersebut.

Artikel Berkaitan: