Najib 'workout' untuk kekal sihat

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ini berkongsi amalan beliau untuk kekal sihat dan bertenaga dalam menjalani rutin sebagai seorang ahli politik menerusi program Sinar Live Apa Khabar Bossku?
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ini berkongsi amalan beliau untuk kekal sihat dan bertenaga dalam menjalani rutin sebagai seorang ahli politik menerusi program Sinar Live Apa Khabar Bossku?
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi bagaimana amalan beliau untuk kekal sihat dan bertenaga dalam menjalani rutin sebagai seorang ahli politik.

Beliau berkata, beliau mengamalkan amalan cara hidup yang sihat dengan bersenam dan menjaga pemakanan harian.

"Alhamdulillah saya mengamalkan cara hidup yang sihat. Maknanya salah satu daripada rutin saya adalah untuk menjalani 'exercise', 'workout'.

"Saya ada seorang trainer kerana kalau kita hendak buat 'workout' tidak ada trainer, kita akan mengelat dan kedua tiada orang yang 'motivate' kita dan kita juga tidak akan meletakkan sasaran lebih tinggi yang sebenarnya boleh dicapai.

"Jadi itu salah satu daripada usaha yang saya lakukan dan yang kedua jagalah sikit pemakanan," katanya pada Sinar Live Apa Khabar Bossku? di Studio F di Kumpulan Karangkraf hari ini.

Program bersama Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan itu diadakan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian yang dikendalikan oleh moderator dari Sinar Harian, Haslina Kamaludin.

Artikel Berkaitan: