X

Kindly register in order to view this article
!

Polis lumpuhkan sindiket dadah Maran

Abdul Jalil (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Pahang semalam.
A
A

KUANTAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang berpangkalan di Maran berikutan penahanan dua lelaki di daerah berkenaan dalam dua serbuan berasingan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, penahanan kedua-dua lelaki itu sekali gus menggagalkan usaha kedua-dua suspek berusia 30 dan 29 tahun untuk membekalkan dadah yang dianggar boleh dibekalkan kepada 19,000 pengguna.

Menurutnya, serbuan tersebut membabitkan rampasan dadah dan sitaan harta serta wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM470,979 dengan RM238,000 daripadanya membabitkan rampasan dadah iaitu heroin (anggaran berat 4.52 kilogram), syabu (4.37kg) dan 1,800 pil eramin 5 (460 gram).

"Dengan tangkapan itu, polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran yang dipercayai bergiat aktif mengedar dadah di Maran dalam tempoh tiga bulan ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Jalil berkata, bertindak atas maklumat, anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menangkap seorang lelaki berusia 30 tahun di hadapan sebuah rumah di Maran.

Hasil tangkapan itu katanya, polis berjaya merampas sejumlah dadah sebelum membuat tangkapan ke atas seorang lagi lelaki berusia 29 tahun di tepi jalan Sri Gombak, Batu Caves, Selangor yang turut membawa kepada sejumlah rampasan dadah lagi di sebuah rumah di Kuala Sentul," katanya.

Abdul Jalil berkata, ujian saringan awal polis mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dengan seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau.

"Mereka kini ditahan reman enam hari bermula 19 hingga 24 Julai ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!