PN yakin sapu bersih semua kerusi di Kedah

MUHAMMAD SANUSI
MUHAMMAD SANUSI
A
A
A

PADANG TERAP - Perikatan Nasional (PN) yakin sapu bersih kesemua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) diadakan dalam masa terdekat.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keyakinan tersebut berdasarkan sokongan ditunjukkan rakyat kepada PN ketika ini.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah berkata, kerjasama dan prestasi yang ditunjukkan oleh PN juga semakin diterima oleh rakyat baik di peringkat persekutuan dan negeri.

"Sasaran PN Kedah ialah menguasai 15 Parlimen dan 36 DUN. Perkara ini bersandarkan realiti politik sekarang kerana orang sudah tidak boleh terima Pakatan Harapan (PH) dan sambutan pada PN juga sangat hebat.

"Jumlah undi yang diterima oleh parti-parti lain (BN, Pas dan Bersatu) kalau kita ambil berdasarkan PRU14, campur semua yang ada, habislah mereka (PH)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PH Kedah, Datuk Johari Abdul yang meletakkan sasaran memenangi lebih tujuh kerusi Parlimen dimiliki mereka ketika ini sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Kedah ketika ini mempunyai 15 kerusi Parlimen dan 36 DUN.

Artikel Berkaitan: