X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Tujuh kes positif dikesan di Sarawak

Dr Noor Hisham. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Tujuh daripada 16 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) yang laporkan hari ini melibatkan rakyat tempatan di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 8,831 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 142 kes," katanya.

Mengulas lanjut mengenai tujuh penularan dalam negara di Sarawak beliau berkata, tiga kes baharu dikesan di kalangan Kluster Stutong. "Dua kes masing-masing satu daripada Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne," katanya.

Beliau berkata, ahli keluarga kepada kes ke 8,695 turut disahkan positif Covid-19.

"Selain itu, seorang didapati positif selepas saringan untuk kembali bertugas di sekolah," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, lapan kes import yang dikesan telah mendapat jangkitan di luar negara di India (2), Rusia (2), Arab Saudi (1 kes), China (1), Indonesia (1) dan Korea (1) kes.

Menurutnya, sehingga kini, hanya lima kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

"Satu kes memerlukan bantuan pernafasan di ICU," katanya.

Beliau berkata, adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes iaitu bersamaan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan," katanya.

Sementara itu, empat kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj adalah 8,566 kes iaitu 96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!