Angkasa sasar hantar sejuta tudung ke Kemboja

Pengerusi Biro Wanita dan Penawar Pemadam, Datuk Jamelah Bakar menyerahkan tudung kepada Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah di Ibu Pejabat Angkasa, Petaling Jaya hari ini.
Pengerusi Biro Wanita dan Penawar Pemadam, Datuk Jamelah Bakar menyerahkan tudung kepada Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah di Ibu Pejabat Angkasa, Petaling Jaya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan sejuta tudung untuk dihantar kepada golongan Muslimah di Kemboja.

Daripada jumlah tersebut, setakat ini sebanyak 100,000 helai tudung berjaya dihantar ke negara itu.

Sementara itu, sebanyak 5,440 helai tudung terpakai berjaya dikumpulkan oleh 11 Biro Wanita, Keluarga Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kuala Lumpur bersama Koperasi Hawa Pemadam Malaysia Berhad (Kohawa) dan Biro Wanita, Keluarga dan Penawar Pemadam Kebangsaan.

Abdul Fattah (duduk, tengah) semasa majlis serahan 5,440 helai tudung di pejabat Angkasa hari ini.
Abdul Fattah (duduk, tengah) semasa majlis serahan 5,440 helai tudung di pejabat Angkasa hari ini.

Biro Wanita dan sukarelawan Pemadam juga menjahit tudung baharu yang dilakukan di Ibu Pejabat Pemadam Kebangsaan di Jalan ledang, Kuala Lumpur.

Terdapat 20 bungkusan plastik besar berisi tudung ditempatkan di Dewan Pemadam Kebangsaan dan akan dihantar ke Ibu Pejabat Angkasa pada awal minggu depan.

Sumbangan tersebut adalah sebagai tanda sokongan Pemadam, Kohawa kepada usaha baik Angkasa membantu wanita Islam di Kemboja.

Artikel Berkaitan: