Gempa bumi sederhana landa Rantau Sumba

A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda Rantau Sumba, Indonesia pada kira-kira 8.36 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu berlaku pada jarak 233km ke selatan Bima, Indonesia.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama