New York akan halang kemasukan ejen persekutuan

Pihak pentadbiran New York akan menghalang ejen persekutuan daripada dihantar ke bandar raya itu untuk menangani aktiviti keganasan. - Foto AFP
Pihak pentadbiran New York akan menghalang ejen persekutuan daripada dihantar ke bandar raya itu untuk menangani aktiviti keganasan. - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan dihalang daripada menghantar anggota-anggota pihak penguat kuasa undang-undang persekutuan ke bandar raya ini, kata Datuk Bandar New York, Bill de Blasio pada Selasa lalu.

Menurutnya, tindakan undang-undang akan diambil jika Trump tetap meneruskan hasrat tersebut.

"Jika beliau cuba lakukan, ia akan hanya mendatangkan lebih banyak masalah, tidak akan menjadikan kita lebih selamat dan kita akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah untuk menghentikannya.

"Berdasarkan pandangan saya, ia adalah satu lagi contoh tindakan haram dan tidak berperlembagaan daripada seorang presiden," katanya kepada media.

Pada minggu lalu, Jabatan Dalam Negeri menempatkan sejumlah anggota polis Kawalan Sempadan dan marsyal persekutuan dengan kebanyakan daripada mereka berpakaian seragam ke Portland, Oregon untuk menangani protes anti keganasan.

Pada Isnin lalu, Trump berkata, agensi pihak penguat kuasa undang-undang persekutuan itu melakukan tugas mengagumkan apabila berjaya menangkap mereka yang mencetuskan huru-hara di AS.

Beliau berkata, langkah itu perlu malah menganggap Chicago lebih teruk berbanding Afghanistan tetapi para pengritik menganggap ia sebagai tindakan politik menjelang pilihan raya presiden AS pada November ini.

Kebanyakan yang ditahan sudah dibebaskan tetapi para pengkritiknya termasuk Gabenor Oregon, Kate Brown dan senator-senator AS mengatakan ejen-ejen persekutuan sebagai anggota polis rahsia. - AFP

Artikel Berkaitan: