YouTuber luka, lebam dipukul suami

Suami kepada pasangan itu ditahan polis kerana disyaki mencederakan isterinya menggunakan senjata sabit dalam satu kejadian di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.
Suami kepada pasangan itu ditahan polis kerana disyaki mencederakan isterinya menggunakan senjata sabit dalam satu kejadian di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.
A
A
A

IPOH - Isteri pasangan sensasi YouTuber program masakan yang dilaporkan dicederakan suami berada dalam keadaan stabil meskipun mengalami luka dan lebam di muka serta bibir.

Dia yang berusia 28 tahun dilihat hadir ke Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi dengan ditemani ahli keluarga.

Hadir dengan baju T berwarna hitam, wajah wanita itu yang kebiasaannya terpamer ceria kelihatan gelisah dan tidak gembira seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Sumber terdekat memaklumkan, ketika kejadian, wanita itu telah ditampar di muka dan pipi beberapa kali menggunakan tangan sehingga bibir berdarah.

Lengan mangsa juga bengkak akibat dipukul dengan senjata sabit.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, wanita tersebut membuat laporan polis semasa duduk dalam kenderaan memaklumkan dicederakan suami.

"Mangsa minta diberikan ruang untuk menyelesaikan konflik peribadi keluarga mereka.

"Jadi untuk sementara ini, mereka tidak akan meneruskan apa-apa kerjasama program atau rakaman memasak dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu bermula dari sekarang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu media melaporkan, suami kepada pasangan itu ditahan polis kerana disyaki mencederakan isterinya menggunakan senjata sabit dalam satu kejadian di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.

Lelaki berusia 29 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

ARTIKEL BERKAITAN Suami YouTuber sensasi ditahan cederakan isteri