Jalin hubungan sulit, Menteri Imigresen New Zealand dipecat

Lees-Galloway dipecat selepas mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan yang pernah bekerja di agensi di bawah kementeriannya.
Lees-Galloway dipecat selepas mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan yang pernah bekerja di agensi di bawah kementeriannya.
A
A
A

WELLINGTON - Menteri Imigresen New Zealand, Iain Lees-Galloway dipecat pada Rabu selepas didapati menjalin hubungan sulit dengan stafnya, lapor agensi berita Xinhua.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Jacinda Ardern pada satu sidang akhbar.

Beliau berkata, pejabatnya menerima e-mel daripada pihak ketiga, mendakwa Lees-Galloway mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan yang pernah bekerja di agensi di bawah kementeriannya.

"Lees-Galloway mengesahkan ada menjalin hubungan dengan seseorang yang pernah bekerja di pejabatnya.

"Jelas kepada saya kedudukannya sebagai menteri tidak dapat dipertahankan," katanya.

Lees-Galloway mengaku bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya itu dan memutuskan untuk tidak menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.

"Saya melakukan tindakan yang salah dan tidak boleh terus memegang jawatan sebagai menteri," kata Lees-Galloway dalam satu kenyataan.

Beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai anggota Parlimen. - Bernama

Artikel Berkaitan: