Kenapa Orang Asli jadi 'fix deposit' parti politik

Calon PRK Cameron Highlands ketika Debat Perdana Calon-calon PRK P.078 Cameron Highlands di Tanah Rata, hari ini.
Calon PRK Cameron Highlands ketika Debat Perdana Calon-calon PRK P.078 Cameron Highlands di Tanah Rata, hari ini.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - [DIKEMASKINI] Orang Asli menjadi deposit tetap kepada sesebuah parti politik kerana tahap pendidikan yang rendah.

Calon Bebas, Sallehuddin Ab Talib berkata faktor itu menyebabkan mereka mudah dieksploitasi.

"Isu sosioekonomi yang ketara dalam kalangan Orang Asli terutama pendidikan dan ekonomi menyebabkan kebergantungan kepada kerajaan tinggi.

"Sebab itu Orang Asli menjadi 'fix deposit' kepada sesetengah parti politik. Mereka mudah dieksploitasi kerana tiada pendidikan," katanya ketika Debat Perdana Calon-calon PRK P.078 Cameron Highlands di Tanah Rata, hari ini.

Sementara itu, moderatornya, Prof Madya Dr Faisal S.Hazis ketika ditemui selepas program menyifatkan kenyataan tersebut seolah-olah merendahkan Orang Asli.

"Malangnya ada calon yang telah merendahkan Orang Asli jadi kalau calon BN (Ramli Mohd Nor) datang, dia boleh pertahankan Orang Asli," katanya kepada pemberita.

Debat secara langsung pertama dalam sejarah antara calon pilihan raya kecil itu menyaksikan tiga daripada empat calon berdebat menyatakan pandangan masing-masing berhubung beberapa isu utama termasuk Orang Asli, pembangunan, pelancongan dan pertanian.

Namun, Ramli tidak hadir susulan sebelum ini beliau telah menegaskan tiada perkara yang perlu didebatkan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, calon PH, M. Manogaran ketika menggulungkan hujahnya sempat mempertikaikan tindakan Ramli yang tidak hadir.

"Dia tak berani berdepan dengan masyarakat sebab itu dia tak hadir," katanya.