Rakyat Jepun mahu Olimpik Tokyo dibatalkan

Tinjauan mendapati lebih 60 peratus warga Jepun lebih suka temasya Olimpik 2020 dibatalkan atau ditangguhkan sekali lagi.
Tinjauan mendapati lebih 60 peratus warga Jepun lebih suka temasya Olimpik 2020 dibatalkan atau ditangguhkan sekali lagi.
A
A
A

TOKYO - Tinjauan mendapati lebih 60 peratus warga Jepun lebih suka temasya Olimpik 2020 dibatalkan atau ditangguhkan sekali lagi, lapor agensi berita Sputnik.

Pada akhir Mac, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan jawatankuasa penganjur Sukan Tokyo 2020 mengumumkan acara itu ditangguhkan pada 2021 kerana pandemik Covid-19.

Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, dijadual diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Menurut hasil tinjauan oleh penyiar NHK, 31 peratus responden mahu Olimpik 2020 dibatalkan sepenuhnya sementara 35 peratus mahu ia ditunda sekali lagi. Hanya 26 peratus bersetuju ia dilangsungkan mengikut jadual.

Tinjauan dilakukan dari 17 hingga 20 Julai melalui panggilan telefon membabitkan 1,298 warga Jepun yang dipilih secara rawak. - Bernama

Artikel Berkaitan: