Demo 8 Dis punca kerajaan tolak ICERD

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
A
A
A
KUALA LUMPUR - Pendirian kerajaan tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) didorong oleh semangat rakyat yang membantah hasrat tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini dapat dilihat apabila kerajaan membuat keputusan itu setelah terdapat perancangan mengadakan demonstrasi bagi membantah ICERD.

“Saya percaya keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira sambutan membara dalam kalangan rakyat untuk keluar beramai-ramai pada 8 Disember nanti.

“Ia bagi menolak hasrat kerajaan yang telah diumumkan sebelum ini iaitu kerajaan sudah merancang untuk meratifikasi saki baki semua konvensyen antarabangsa termasuk ICERD pada awal 2019,” katannya dalam ucapan di Kongres Tolak ICERD, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Turut hadir, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Datuk Dr Hasan Mad.

[ ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD ]

Menurut Ahmad Zahid, keputusan kerajaan menolak ICERD dialukan-alukan namun ia perlu direkodkan dalam hansard Parlimen.

“Saya telah keluarkan kenyataan bahawa kenyataan akhbar sedemikian hanya boleh disahkan melalui tandatangan Perdana Menteri sendiri dan kemudiannya membawa usul tersebut ke dalam Parlimen untuk direkodkan di dalam hansard rasmi,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut memberi jaminan Umno akan terus menolak ratifikasi ICERD selagi beliau diberi tanggungjawab memimpin parti itu.

“Saya berjanji selagi saya diberi amanah untuk memimpin parti, insya-ALLAH saya akan memastikan Umno tetap menolak ratifikasi ICERD ini kerana kesannya amat besar terhadap Melayu dan bumiputera serta masyarakat yang ada dalam negara ini,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan diteruskan, kerajaan gagal tunjuk kesungguhan ]