Mujahid setuju Sinar Harian jadi penganjur debat

Mujahid menerusi ciapan di Twitter bersetuju dengan cadangan Sinar Harian untuk menjadi penganjur debat antara beliau dan Abdul Azeez
Mujahid menerusi ciapan di Twitter bersetuju dengan cadangan Sinar Harian untuk menjadi penganjur debat antara beliau dan Abdul Azeez
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bersetuju dengan cadangan Sinar Harian untuk menyediakan platform bagi penganjuran debat berhubung kedudukan Lembaga Tabung Haji (TH) yang mencetuskan polemik dalam kalangan ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.

"Saya ucap terima kasih kepada Sinar Harian kerana sudi mencadangkan platform yang bebas dan berkecuali demi menjayakan satu perdebatan yang bertamadun dan sihat.

"Saya ok....Yb Baling ok?," tulisnya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Debat isu TH: Abdul Azeez sahut cabaran Mujahid

Terdahulu, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin memberitahu, sebagai sebuah akhbar yang bebas daripada mana-mana pengaruh parti politik, Sinar Harian bersedia untuk menjadi penganjur debat dan menemukan Mujahid dengan bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dalam satu platform bagi mengupas dan menjawab kemelut yang berpanjangan mengenai institusi kewangan Islam itu.

Hantaran Abdul Azeez di Facebook mengenai persetujuan beliau untuk berdebat dengan Mujahid.
Hantaran Abdul Azeez di Facebook mengenai persetujuan beliau untuk berdebat dengan Mujahid.



ARTIKEL BERKAITAN: Sinar Harian sedia anjur debat Mujahid - Azeez

Katanya, jaminan turut diberikan sekiranya Sinar Harian menjadi penganjur, program akan berlangsung secara adil dan penuh adab tanpa mengaibkan mana-mana pihak.

Sebelum itu, Mujahid yang juga Naib Presiden Amanah mencabar Abdul Azeez untuk berdebat mengenai isu TH, sebelum Abdul Azeez memberi maklum balas setuju dengan syarat perdebatan itu perlu dijalankan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam 28 Julai ini.

Artikel Berkaitan: