Pihak berkuasa buat pemeriksaan, bukan serbuan, kata Top Glove

Top Glove - Foto Bernama
Top Glove - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Top Glove Corporation Bhd menjelaskan bahawa lawatan oleh pihak berkuasa pada 13 Julai 2020 bukan serbuan tetapi pemeriksaan ke atas pejabat dan tempat tinggal pekerjanya.

Pengeluar sarung tangan getah itu menerima kompaun RM1,000 daripada Kementerian Kesihatan kerana kekurangan penjarakan sosial di satu unit rumah pekerja.

Ketidakpatuhan itu segera dibetulkan dan pekerja diingatkan untuk mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

ARTIKEL BERKAITAN: Buruh paksa: Top Glove sedang berunding dengan pihak berkuasa AS

Dakwaan Top Glove guna buruh paksa tidak berasas: Saravanan

Dalam kenyataan oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai perkara itu, ia turut mengesahkan bahawa semasa pemeriksaan mereka tidak menemui sebarang unsur buruh paksa di premis Top Glove.

Top Glove turut mendapat penilaian 'A' berikutan audit sosial Kilang 9 pada Jun 2020 oleh Amfori, persatuan perniagaan global terkemuka untuk perdagangan terbuka dan mampan selain mendapat penilaian yang baik dalam audit pihak ketiga sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: