Kilang guna tong cat terpakai proses tempe ditutup

Tong cat terpakai yang didapati digunakan dalam kerja-kerja pemprosesan makanan.
Tong cat terpakai yang didapati digunakan dalam kerja-kerja pemprosesan makanan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kilang memproses tempe di kawasan perindustrian di Batu Caves di sini, diarah tutup selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor ketika serbuan dilakukan oleh Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengusaha didapati menggunakan tong cat terpakai ketika memproses makanan selain bahan mentah dan penyediaan makanan dilakukan di atas lantai.

Menurut kenyataan itu, DBKL membuat pemeriksaan mengejut di kilang tersebut selepas menerima aduan daripada orang awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati empat pekerja warga asing tidak mempunyai suntikan typoid, tidak memakai penutup kepala, apron dan kasut semasa mengendalikan makanan.

Kilang memproses tempe di kawasan perindustrian di Batu Caves di sini, diarah tutup oleh DBKL.
Kilang memproses tempe di kawasan perindustrian di Batu Caves di sini, diarah tutup oleh DBKL.

“Tahap kebersihan premis juga didapati tidak memuaskan, bahan mentah dan penyediaan makanan di atas lantai,” menurut kenyataan itu.

DBKL memaklumkan, selain lantai premis dalam keadaan basah dan kotor dengan sisa makanan, dinding tempat penyediaan makanan kotor juga didapati berdaki hitam.

Menurut kenyataan itu, peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan juga didapati kotor dan usang.

Artikel Berkaitan:

“Kain alas makanan tidak diganti malah mereka menggunakan tong cat terpakai dalam kerja-kerja pemprosesan makanan. Sehubungan itu, DBKL mengambil tindakan perintah penutupan premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu DBKL memaklumkan, orang ramai yang mempunyai aduan mengenai tahap kebersihan premis perniagaan supaya menyalurkan maklumat kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1800883255 atau terus ke Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.