X

Kindly register in order to view this article
!

Saya tak kecewa: Arteta

ARTETA
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta tidak terlalu kecewa walaupuan pasukannya tewas kepada Aston Villa 0-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi tadi.

Menurutnya, dia melihat keletihan menjadi faktor utama kekalahan tersebut, namun tetap berpuas hati dengan persembahan pemain yang tetap cuba memberikan aksi terbaik.

"Villa mengerahkan segalanya dan mungkin juga kami sedikit keletihan. Tahniah kepada Villa kerana dapat memberikan tekanan kepada kami dan berjaya memenangi perlawanan ini.

"Kami mempunyai beberapa peluang, tetapi gagal memanfaatkannya. Secara emosi dan fizikal, ini sudah menjadi minggu yang sangat padat buat kami. Tetapi, saya melihat sebuah pasukan yang mahu berjuang sehingga ke penghujung saingan.

"Saya tidak terlalu kecewa dengan sikap pemain dan saya tahu posisi kami dalam sejumlah aspek tertentu dan di bahagian mana kami perlu perbaiki persembahan," katanya.

Arsenal yang turun dengan momentum terbaik selepas menewaskan Manchester City dan Liverpool berjaya menguasai perlawanan dengan 69 peratus penguasaan bola dan tujuh percubaan, namun tidak berjaya menghasilkan sebarang jaringan.

Penyerang Villa, Trezeguet menjaringkan gol tunggal pada minit ke-27 untuk kemenangan pasukan tuan rumah itu yang kini sedang bergelut untuk terus kekal dalam saingan EPL musim depan.

Kekalahan kepada Villa itu menyaksikan The Gunners gagal mengakhiri saingan dalam kelompok enam terbaik-pencapaian terburuk sejak 25 tahun lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!