Selangor peruntuk RM810,000 laksana program latihan e-hailing

Khairuddin (kiri) bergambar bersama Amirudin (dua dari kiri) selepas pelancaran program RiDE di Bangunan SSAAS semalam.
Khairuddin (kiri) bergambar bersama Amirudin (dua dari kiri) selepas pelancaran program RiDE di Bangunan SSAAS semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM810,000 bagi melaksanakan program latihan e-hailing dalam memperkasakan penglibatan golongan belia menerusi program inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

Exco Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Pembangunan Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, peruntukan tersebut merupakan sebahagian peruntukan tambahan diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lalu.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2 juta dalam program subsidi lesen motosikal yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 golongan belia di negeri itu.

“Menyedari kepentingan ekonomi gig pada masa kini, kerajaan negeri telah menjalinkan kerjasama dengan operator e-hailing, Mat Despatch untuk menyediakan latihan kepada peserta RiDE yang mahu menceburi bidang e-hailing,” katanya sewaktu majlis pelancaran program RiDE di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini semalam.

Dalam pada itu, Amirudin turut sama berkesempatan untuk turun padang bagi menyempurnakan pelancaran program tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, kerjasama berkenaan akan menjadi program pemangkin bagi memperluaskan lagi sektor ekonomi gig untuk menarik lebih ramai operator e-hailing dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada belia Selangor.

Katanya, langkah itu bertepatan dengan usaha kerajaan negeri bagi menangani isu pengangguran dan pembuangan kerja susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: