Israel serang selatan Damsyik, 7 askar Syria cedera

Gambar fail menunjukkan tentera Syria mengibarkan bendera di bandar Quneitra, Bukit Golan yang dikuasai negara itu pada 27 Julai 2018. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan tentera Syria mengibarkan bendera di bandar Quneitra, Bukit Golan yang dikuasai negara itu pada 27 Julai 2018. - Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Beberapa serangan Israel di selatan Damsyik pada Isnin lalu menyebabkan tujuh askar Syria cedera, lapor media kerajaan.

Sebuah kumpulan pemantau berkata, beberapa kedudukan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad dan militia disokong oleh Iran telah diserang.

"Tentera Israel melancarkan serangan ke atas Bukit Golan yang diduduki beberapa peluru berpandu di bahagian selatan Damsyik," kata agensi berita SANA memetik satu sumber keselamatan.

Kata kenyataan itu lagi, pertahanan udara negara itu bertindak balas dan memintas kebanyakan peluru berpandu yang datang.

"Serangan ini mencederakan tujuh askar Syria dan membawa kepada kerosakan," ujarnya.

Beberapa koresponden agensi berita AFP di Damsyik berkata, mereka mendengar beberapa bunyi kuat.

Sementara itu, seorang jurucakap tentera di Israel berkata, tenteranya tidak memberikan komen berhubung laporan berita asing.

Dalam pada itu, badan Pemantau Untuk Hak Asasi Syria berkata, sekurang-kurangnya enam peluru berpandu mengenai kedudukan-kedudukan milik tentera rejim dan militia pro-Iran di selatan Damsyik. - AFP

Artikel Berkaitan: