Patut kuarantin di rumah tapi selamba jamu selera di restoran

Tular gambar wanita memakai gelang kuarantin Covid-19 sedang makan di restoran di Perak. Kemudian, muncul pula foto tag merah jambu ditemui di atas lantai KLIA.
Tular gambar wanita memakai gelang kuarantin Covid-19 sedang makan di restoran di Perak. Kemudian, muncul pula foto tag merah jambu ditemui di atas lantai KLIA.
A
A
A

MERAK Jalanan bimbang dengan sikap segelintir sikap rakyat Malaysia yang baharu pulang dari luar negara dan enggan patuh kepada arahan kuarantin.

Mula-mula tular gambar seorang wanita pertengahan umur memakai gelang kuarantin Covid-19 sedang makan di restoran di Perak. Kemudian, muncul pula foto tag merah jambu ditemui di atas lantai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tag gelang tangan itu dipercayai dipotong dan dibuang oleh individu yang baharu pulang dari luar negara.

Mujurlah semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dikehendaki menjalani kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin ditetapkan kerajaan bermula 24 Julai ini dan bukan lagi di rumah.

Sikap tidak berdisiplin ini menyusahkan orang lain dan mengundang risiko PKP dilaksanakan sekali lagi.

Merak Jalanan teringatkan cerita negara Jepun yang membina manusia dahulu sebelum membina negaranya.

Tetapi untuk mengubah budaya mungkin perlukan masa berpuluh-puluh atau beratus-ratus tahun. Bagi orang Jepun, disiplin termasuk patuh pada arahan pihak berkuasa merupakan sebahagian budaya mereka. Ia diajar sejak kecil lagi.

Pemikiran inilah yang membuatkan mereka lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat dan persekitaran. Mereka bukan sahaja tidak membuang bungkusan gula-gula merata-rata kerana rasa tanggungjawab terhadap komuniti, malah mereka membawa balik sampah itu ke rumah sebelum membuangnya secara teratur.

Artikel Berkaitan:

Keadaan ini berbeza dengan mak cik yang baharu pulang dari luar negara tadi yang tidak memikirkan kesan perbuatannya kepada masyarakat sekeliling.

Sudahlah melanggar perintah kuarantin yang memudaratkan dirinya sendiri bahkan meletakkan bahaya menularkan wabak Covid-19 kepada orang lain.