Vaksin Covid-19 di Britain dan China didapati selamat

Ujian yang dilakukan Universiti Oxford, Britain mendapati vaksin ChAdOx1 nCoV-19 selamat untuk pesakit Covid-19. - Foto AFP
Ujian yang dilakukan Universiti Oxford, Britain mendapati vaksin ChAdOx1 nCoV-19 selamat untuk pesakit Covid-19. - Foto AFP
A
A
A

LONDON - Dua vaksin koronavirus (Covid-19) terbukti selamat untuk manusia dan menghasilkan imun kuat dalam kalangan pesakit yang terlibat semasa ujian dilakukan, kata beberapa doktor pada Isnin lalu.

Satu vaksin itu yang dibangunkan oleh Universiti Oxford, Britain kelihatan selamat dan ia memberi satu tindak balas imun, lapor portal berita BBC pada 20 Julai lalu.

Ujian yang melibatkan 1,077 orang mendapati bahawa satu suntikan akan menyebabkan antibodi dan sel-T yang mampu menentang Covid-19 itu.

Bagaimanapun, penemuan tersebut masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada ia cukup untuk melindungi pesakit wabak itu manakala ujian lebih besar masih dilakukan.

United Kingdom (UK) sudah menempah 100 juta dos vaksin tersebut.

Menurut portal BBC, vaksin itu dikenali sebagai ChAdOx1 nCoV-19 dan ianya dicipta dengan kadar segera.

Ia dibuat daripada virus kejuruteraan genetik.

Virus tersebut pernah menyebabkan selesema yang berlaku dalam kalangan cimpanzi.

Artikel Berkaitan:

Ia telah diubah suai dan Covid-19 tidak boleh menjangkiti manusia dan kelihatan sesuai untuk digunakan kepada pesakit wabak itu.

Satu lagi vaksin dibuat di China dan ujian melibatkan lebih 500 orang menunjukkan berlaku tindak balas imun.

Pusat Untuk Kajian Kawalan Penyakit dan Pencegahan Wilayah Jiangsu, China melakukan ujian kedua menggunakan virus selesema manusia yang diubah suai untuk menghantar bahan genetik yang mengajar sel mengenali novel viruskorona. - Agensi