X

Kindly register in order to view this article
!

Konflik Mesir dengan Libya kian parah

Libya kini dilanda kemusnahan akibat peperangan selepas kejatuhan Muammar Gaddafi. - Foto AFP
A
A

PARLIMEN Mesir pada Isnin lalu memberikan lampu hijau mengenai penempatan tentera melebihi sempadan negaranya selepas Presiden Abdel Fattah al-Sisi menyatakan kemungkinan terdapat satu operasi ketenteraan di negara jiran, Libya.

Ahli-ahli Parlimen sebulat suara meluluskan penempatan anggota-anggota tentera Mesir dalam satu misi di luar sempadan bagi mempertahankan keselamatan negara tersebut, menentang jenayah militia bersenjata dan anasir pengganas asing, kata Parlimen dalam satu kenyataan.

Ahli-ahli Parlimen berbincang tentang ancaman dihadapi negara dari barat dan Mesir pula berkongsi sebuah gurun sebagai sempadannya dengan Libya yang musnah akibat peperangan.

Undian itu berlangsung sehari selepas Presiden Mesir itu bertemu dengan Majlis Pertahanan Kebangsaan yang turut disertai speaker Parlimen, menteri pertahanan dan komander-komander tentera.

Mereka yang hadir berkata, Mesir tidak akan melakukan usaha untuk menyokong Libya.

Kaherah juga menggesa komitmen berhubung satu penyelesaian politik dilakukan untuk menyelesaikan krisis di negara tersebut, kata mereka yang menghadiri pertemuan itu.

Sisi sebelum ini memberi amaran bahawa kemaraan pasukan tentera yang menyokong Kerajaan Permuafakatan Kebangsaan (GNA) ke bandar Sirte akan menyebabkan campur tangan Mesir.

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mahu tentera negaranya campur tangan di Libya. - Foto AFP
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mahu tentera negaranya campur tangan di Libya. - Foto AFP

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini memberi sokongan kepada GNA.

Kerajaan GNA menganggap amaran itu sebagai satu pengisytiharan perang.

Mesir bersama Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Rusia menyokong komander Khalifa Haftar yang berpangkalan di timur Libya.

Sementara itu GNA pula mendapat sokongan Turki iaitu musuh Mesir.

Pada Khamis lalu, Sisi memberitahu penduduk-penduduk suku kaum di timur Libya bahawa negaranya tidak akan membiarkan ancaman terhadap keselamatan negara Mesir atau Libya.

Pada minggu lalu, sebuah Parlimen berpangkalan di timur Libya yang bersekutu dengan Khalifa Hattar memberikan sokongan berprinsip tentang kemungkinan campur tangan tentera Mesir.

Ancaman tentera Mesir berlaku bulan lalu apabila GNA mengusir tentera Khalifa Hattar yang cuba menawan Tripoli di barat laut Libya.

Anggota-anggota parlimen Mesir memberikan lampu hijau tentang penempatan tentera negara itu di Libya. - Foto AFP
Anggota-anggota parlimen Mesir memberikan lampu hijau tentang penempatan tentera negara itu di Libya. - Foto AFP

Menguasai wilayah Tripoli, tentera GNA telah bergerak ke arah timur menuju ke Sirte iaitu merupakan pintu masuk ke kawasan infrastruktur penting untuk sektor minyak Libya.

Sirte terletak kira-kira 800 kilometer dari sempadan Mesir merupakan pelabuhan utama terminal minyak mentah.

Kaherah yang menyaksikan bandar tersebut sebagai satu 'garisan merah' kemudian mendesak supaya perbincangan diadakan antara puak-puak yang bertelagah.

Ankara dan GNA pula mendesak Khalifa Hattar supaya berundur dari bandar tersebut iaitu bandar kelahiran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan berunding tentang satu gencatan senjata.

Pada Jun lalu, Sisi yang berdiri bersama Haftar mencadangkan satu inisiatif keamanan mendesak gencatan senjata diadakan, mengundurkan askar upahan dan mengharamkan militia di negara jiran.

GNA dan Ankara bagaimanapun menyingkirkan rancangan tersebut.

Pada Isnin lalu, Sisi bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Kedua-dua mereka bersetuju untuk mengelakkan ketegangan sebagai permulaan untuk memulakan rundingan dan penyelesaian politik, menurut satu kenyataan daripada pejabat presiden Mesir.

Kestidakstabilan Libya berlaku sejak kebangkitan rakyat pada tahun 2011 yang menyingkirkan dan menyebabkan kematian Gaddafi. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!