Kampung Baru: Dua fakta berbeza timbulkan pelbagai persoalan

Tangkap layar Facebook Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tangkap layar Facebook Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad didakwa tidak telus berhubung jumlah peratusan penduduk Kampung Baru, Kuala Lumpur berhubung persetujuan agar tanah mereka dibangunkan.

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Khalid sebelum ini mengatakan sebanyak 90 peratus penduduk yang bersetuju namun berubah kepada 60 peratus sahaja dalam kenyataan terbarunya.

Menurut Johari yang juga kas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, dua fakta berbeza diberikan Khalid kini menimbulkan pelbagai persoalan.

“Dulu cakap 90 peratus pemilik tanah Kampung Baru dah setuju? Sekarang tukar pula 60 peratus?

“Kalau betul kenapa tak beli tanah pemilik yang dah bersetuju tu dulu? Manalah nak dapat 100 peratus. Nampak sangat ‘gurau senda’. Tanah Kampung Bharu bukan tanah setinggan,” kata Johari dalam catatan di Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, pada 5 Oktober tahun lalu, media melaporkan kenyataan Khalid bahawa kira-kira 90 peratus penduduk di Kampung Bharu sudah bersetuju menyerahkan tanah mereka untuk dibangunkan dengan harga dipersetujui ketika itu ialah RM850 sekaki persegi.

Namun pada Mac lalu, Khalid berkata, menerusi perjumpaan yang dijalankan pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bahru (PKB), lebih 60 peratus daripada 5,374 pemilik tanah di kampung berkenaan telah bersetuju untuk menjual tanah mereka bagi menjayakan pelan pembangunan berkenaan.

Artikel Berkaitan: