Rumah lebih selesa untuk Mek Wook

Zulqarnain menyantuni Mek Wook yang tinggal seorang diri di rumah peninggalan arwah suami.
Zulqarnain menyantuni Mek Wook yang tinggal seorang diri di rumah peninggalan arwah suami.
A
A
A

GUA MUSANG - PKR Kelantan akan berusaha mendapatkan rumah yang lebih selesa kepada warga emas yang tinggal bersendirian di pondok usangnya di Kampung Kundur, di sini.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Zulqarnain Zakaria berkata, keadaan Mek Wook Latiff, 85, amat menyedihkan kerana tempat tinggalnya itu tidak selamat untuk didiami.

“Keadaan rumah ini daif dan tidak boleh dibaiki kerana faktor keselamatan. Kita akan berusaha menempatkan Mok (Mek Wook) ke unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang kerana masih ada 200 unit yang belum berpenghuni.

“Bukan sahaja persekitaran kawasan rumah yang serba kekurangan malah amat membimbangkan warga emas sepertinya tinggal sendirian. Lagipun, Mok setuju untuk berpindah sekiranya ada penempatan yang lebih selesa,” katanya selepas lawatan ke rumah Mek Wook bersama wakil pimpinan, semalam.

Zulqarnain yang juga Ketua Cabang PKR Gua Musang berkata, pihaknya juga sudah membuat permohonan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mendapatkan 30 unit rumah bagi membantu golongan yang memerlukan.

Artikel Berkaitan: