Alasan menteri boleh menang anugerah, sindir Najib

Hantaran Najib di Facebook menyindir Salahuddin.
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik alasan diberikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berhubung lantikan orang politik dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Malah Najib menyindir, alasan yang diberikan juga terbaik dan boleh memenangi anugerah.

"Tak ada masa? Sibuk kira telur atau ikan kembung?

ARTIKEL BERKAITAN: Phahrolrazi dilantik Pengerusi AJP Nafas baharu

"Kenapalah malu-malu. Nak tolong member (kawan) cakap saja," katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Hari ini Salahuddin menafikan bahawa lantikan Pengerusi Nafas yang baharu adalah berunsurkan politik.

Katanya, faktor kesuntukan masa turut mempengaruhi faktor pelantikan kesemua jawatan berkenaan.

Nafas mengumumkan Adun Alor Mengkudu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah yang baharu.

Pelantikan itu berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan pengerusi terdahulu, Datuk Seri Saipolbahri Suib.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia