Covid-19 masih lagi ancaman buat negara, kata Abdul Hadi

Abdul Hadi ketika memasuki Parlimen hari ini.
Abdul Hadi ketika memasuki Parlimen hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Wabak koronavirus (Covid-19) masih lagi menjadi ancaman buat negara ini berikutan peningkatan kes terkini wabak itu yang amat membimbangkan.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang meminta kerjasama semua pihak agar mengamalkan pemakaian pelitup muka dan berdisiplin dalam melaksanakan penjarakan sosial.

"Negara kita masih lagi terdapat ancaman Covid-19 berikutan peningkatan kes terkini yang amat membimbangkan.

"Kerjasama semua pihak amat diperlukan, amalkan memakai pelitup muka dan berdisiplin dalam melaksanakan penjarakan sosial.

"Semoga Malaysia bebas Covid-19, Insya -ALLAH," tulisnya di Facebooknya sebentar tadi.

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kluster baharu dikesan di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama kluster ini membabitkan kes kematian Covid-19 yang dilaporkan kelmarin iaitu kes ke-8,770 yang mana ujian saringan didapati positif wabak itu.

Sehingga 12 tengah hari hari ini, seramai 39 orang disaring di mana 14 daripadanya positif Covid-19, 18 adalah negatif dan tujuh lagi masih menunggu keputusan.

Artikel Berkaitan: